Khamis, 3 Oktober 2013

Tembakau lebih banyak impak negatif kepada manusia


Sering kali kita dengar tembakau dikaitkan dengan rokok yang mana merupakan tabiat segelintir masyarakat. Tabiat ini bukan hanya terdapat pada golongan dewasa malah remaja yang berumur belasan tahun sudah pandai mengambil rokok dalam kehidupan mereka.


Daun tembakau merupakan bahan asas pembuatan rokok. Ahli-ahli perubatan telah membuat kajian dan penyelidikan mengenai daun tembakau yang dibakar dan jelas menunjukkan bahawa ia mempunyai kesan sampingan kepada penggunanya.
Racun utama dalam tembakau adalah tar, nikotin dan karbon monoksida.  Mengikut statistik kematian oleh WHO, tembakau membunuh 5.4 juta orang setahun. Statistik ini menunjukkan setiap tahun jutaan manusia mati akibat komplikasi penyakit berkaitan dengan tembakau.
      Menyedut asap rokok atau dikenali sebagai perokok pasif berisiko tinggi menghadapi penyakit berbanding dengan orang yang menghisap rokok seperti masalah pernafasan dan sakit kerongkong.
Hasil kajian oleh WHO membuktikan bahawa 50 peratus anak-anak sedunia mengalami masalah kesihatan akibat menghidu asap tembakau. Serangan penyakit asma juga tinggi di kalangan kanak-kanak apabila ibu bapa merokok di rumah. Dengan kata lain, perbuatan merokok terutamanya di depan anak-anak boleh membunuh mereka secara perlahan dengan menyedup asap tersebut.
Selain daripada merokok, menguyah tembakau juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Tembakau yang dikunyah mengeluarkan sebanyak 28 jenis racun yang berisiko kepada penyakit kanser seperti kanser mulut dan penyakit gusi. 
       Menurut WHO juga , menjelang tahun 2020, dijangkakan 10 juta orang perokok di seluruh dunia akan mati dalam setahun. Daripada anggaran tersebut, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup pada masa kini akan mati dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau. 

Rabu, 2 Oktober 2013

Kesan Tembakau Kepada Manusia

     


Tembakau mengandungi dadah nikotin yang boleh membawa ketagihan kepada penggunanya. Walaupun tembakau dibenarkan oleh undang-undang namun pengguna perlu berhati-hati kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

      









Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tembakau melalui tabiat merokok mendatangkan pelbagai jenis penyakit seperti serangan jantung, strok dan kanser. Setiap batang rokok mengandungi 4000 jenis bahan kimia dan 250 daripadanya boleh menjejaskan kesihatan.





         Bagi wanita hamil, pengambilan rokok memberi banyak kesan negatif kepada bayi di dalam kandungan seperti kecacatan anggota badan, berat badan rendah, mempunyai IQ rendah serta kecacatan pendengaran.

Selasa, 1 Oktober 2013

Kesimpulanya

 Kerajaan berperanan untuk mengharamkan penggunaan tembakau di kalangan masyarakat hari ini terutamanya kepada perokok tegar. Pengharaman tentang iklan dan promosi tentang tembakau di media seperti televisyen, radio, internet serta banyak lagi perlu dikuatkuasakan supaya orang ramai tidak lagi terdedah dengan bahan pengguna tersebut. Kerajaan juga perlu menaikkan cukai tembakau untuk mengurangkan penggunaan tembakau. Walaupun kita mendapat bayaran cukai yang tinggi melalui tembakau, namun kerajaan perlu berfikir mekanisme lain untuk menambah pendapatan negara dengan mementingkan tahap kesihatan rakyat.